Monday, October 03, 2016

Interview for Law degree Uitm Shah Alam

Assalamualaikum.

Haa seperti yang dijanjikan, jihah akan cerita pengalaman interview law haritu. 20hb Mei kalau tak silap heheh.

First sekali, kena siapkan dokumen.
Sijil2 pencapaian, result spm, transkrip asasi or diploma or matrik, dan lain-laim seperti yang dimaklumkan surat tawaran temuduga. (Malas nak tulis sebab banyam dah lupa apa yang diorang mintak) Segala salinan perlu disahkan oleh orang orang berkelayakan.

Second, pakaian temuduga. For lelaki senang lah pakai kemeja berkolar, neck tie pastu kasut tutup dah. Yang perempuan boleh pakai baju kurung lengkap atau kemeja dan seluar. *ala ala lawyer gittewww*. Paling penting kasut warna gelap and bertutup. Disebabkan bakal ambik kos law. Anda disarangkan pakai black and white. Tapi kalau macam dah takde sangat or masa tu terkoyak ke apa. Jangan risau sebab masa jihah haritu ada je yang pakai color selain hitam. Jihah sendiri pakai buju kurung hitam corak bunga pink pink lagi uolls😂😂
__________________________________________

Okay saat yang paling dinantikan. Disebabkan nombor giliran jihah lambat, dalam pukul 4.30 petang baru jihah masuk bilik temuduga.

Dalam satu sesi tu masuk 4 orang. Ni yang group jihah la group lain tak tahu pulak sistem dia. Ada yang masuk sorang2 kalau tak silap.

So first question
"Can you tell us about yourself?" *us sebab interviewer 3 orang*
Pastu korang citer la profile korang. Kenapa nak sangat law. Cita cita apa. Cerita je semua sebab masa ni diorang nak tau tahap speaking korang. Yang paling penting konfiden! Salah grammar ke ayat ke lantak asal konfiden. *terasa sangat kasar penggunaan lantam disitu, tolong lembutkan intonasi anda*

Lepas tu dia tanya "what is your favourite subject?"
Contoh uolls jawab "Law2". Nanti dia akan tanya la pasal law2. Kalau dapat interviewer yang macam "what topic do u want me to ask". Jawab chapter yang paling korang konfiden okeyh?

Next question random.

Pastu last dia akan tanya the current issues. So korang jawab la current issues yang korang tau. Tapi kalau boleh biar tahu sume facts pasal news tu sebab dia akan tanya soalan. "What is your opinion about that?"

Haa jawab jawab

Selesai jawab semua tu boleh la keluar. Salam dengan interviewer ,ambik dokumen kita dan tawakkaltualallah 💕
__________________________________________

Baiklah itu sahaja pengalaman jihah temuduga haritu.

Sampai ketemu lagi ya. Wassalam