Friday, April 22, 2016

UiTM Dengkil

Assalamualaikum w.b.t

I'm back after a very longgggg hiatus. Mianhae my blog. I will never tell anyone that I have a blog because I'm not a loyal blogger afterall. Ikut suka hati dia je bila nak update. Ish ish ko ni jihah. So disebabkan malam ni bosan and takleh tido why not ai tulis blog citer pengalaman kat dengkil kan. Oh before tu nak cakap yang jihah dah habis asasi yeaayyyy. Asasi kat dengkil yeayyy. So mulai tahun 2016, semua course asasi uitm will be at dengkil yang aman damai permai itu.

Batch kitorang ni pelik sikit sebab semester 1 kat tempat lain dulu, semester 2 baru masuk dengkil. Means kitorang la first batch kat sana. Guna barang baru sume yeay. Alah yang batch kedua pon okay sebab barang still okay kan hehe. So jihah dulu semester 1 kat kuantan. A stone's throw je nak sampai mall hehe. Jalan kaki je. Ecm mall. Memang orang kuantan tahu punya sebab memang dekat sangat kat ecm tu tapi rupa kolej la tak macam kolej sangat. Tapi alhamdulillah kelengkapan cukup semuanya.

So bulan 6 ni batch baru dah nak masuk kan. Awal bulan 6 dah start ramadhan so harap tak fefeeling homesick sangat kat sana. Kat mana2 pon kita kena kuat ya rakan2. Alhamdulillah dengkil pon cukup semuanya. Makanan senang nak dapat. Keperluan peribadi pon boleh didapati di koperasi dekat anjung dengkil. Kat anjung dengkil tu dah macam shopping mall dah untuk warga dengkil so jangan risau sangat ya. Masa batch jihah banyak lagi benda tak ada so insyaa Allah batch korang sume benda dah ada. Macam kitorang nak sebulan gak basuh tangan tunggu mesin basuh nak ada kat kolej hehe. Mesin atm ada so tak perlu risau nak draw duit elaun tu. Tapi kalau dah ramai sangat beratur mesin tu kadang2 jadi ngok ngek la jugak. Cari masa yang terbaik nak draw. Lepas subuh tu afdhal. Haa cakap pasal subuh ni kan, korang bangun tu tunggu la kejap sunrise sebab caaaaantik sangat nak2 dari kolej budak laki, kolej tualang. Boleh nampak jelas sangat. Yelah dengkil kan kosong lagi hehehe.

Cakap pasal kolej pulak. Alhamdulillah selesa satu rumah ada 3 bilik. 2 orang satu bilik. 2 toilet. Tempat sidai baju terhad sikit so pandai2 la korang decide sape jemur harini hari esok sebab memang terhad. Haritu jihah siap letak tali dalam bilik sebab nak jemur baju hehe. Sape dapat umah jihah beruntung sebab dah dinobatkan rumah paling bersih kemas dan teratur oleh jiran tetangga. Haritu ada viral kejap gambar kolej dengkil bersepah pastu ada budak sorang ni komen nasib baik tak letak course asasi uitm kat borang upu. And i was like "whaaaaaaaaaat?". Apa kaitan gambar tu dengan prestasi uitm? Come on guys, keadaan rumah tu serabut sebab budak2 tak sabar nak balik habis asasi. Memang la tak patut budak2 buat macam tu. At least buang lah dalam tong sampah kemas rumah tu macam diorang first time masuk dulu tapi budak tu tak perlu kot komen gitu. ( banyak nya perkataan budak hahahah) #acahbukanbudak. Overall for me dengkil is good. Too good for foundation students so be grateful everyone. :)

Okay nak cerita pasal dekat anjung dengkil pulak. Banyak sangat kedai sedap2 harga pon murah. Kalau nak banding masa zaman duduk kuantan haritu memang banyak beza. Pesanan jihah, try sume kedai dulu pastu baru decide kedai mana sedap kedai mana murah kedai mana boleh makan time poket penuh je. Takleh judge tau. So insyaa Allah korang akan nampak kedai nasi lemak hijau, nasi kukus, nasi ayam penyet, hotplate dan sebagainya. Kena pandai buat pilihan sebab ni soal perut dan duit hehehe. Pastu kan korang selain anjung dengkil, korang boleh makan dekat kafe palma. Kalau mengidam western food ke, air best2 sikit ke, datang la sini. Cantik pon cantik harga pon berpatutan :)

Antara kedai kat anjung adalah:
-bakeri
-koolblog
-kedai runcit
-fotostat
-cyber cafe
-peralatan komputer
-kedai gunting rambut
-butik

Dan masa batch korang mesti banyak lagi kedai bukak.

Tu je la untuk hari ni. Annyeong!

Oh asasi kat dengkil ni means semua asasi kat uitm ya. Ada sains, engineering, law dan tesl. So cuba teka jihah dari asasi mana hehehe.

Wassalam everyone.

2 comments:

  1. dalam rumah tu dia campur2 ke course?

    ReplyDelete
  2. Tak rasanya.sebab dia dah bahagi rumah ikut kos kalau tak silap

    ReplyDelete