Saturday, April 30, 2016

Ada apa dengan cinta

Assalamualaikum semua. So as we all know filem Ada Apa dengan Cinta 2 dah masuk pawagam pada 28 April 2016. Sebenarnya bukan nak citer pasal filem ni pon tapi nak cakap yang 28 tu tarikh birthday umi saya! Hehe. Kami adik beradik dah plan nak buat suprise tahun ni. Sekali kan birthday mi and abah. Senang sebab abah 29 mac. Sebulan je beza (sabar je abah menunggu suprise lagi sebulan kikiki)

Kakak jihah cari jugak la orang yang boleh datang umah bagi suprise. Cari punya cari jumpa la satu igshop ni. Bio dia tulis location kuala terengganu, marang, kuala berang. Apa lagi, si kakak ni laju2 la pi book tarikh and hadiah sume. Hadiah biasa je satu kek secret recipe dengan sejambak coklat forero. Diorang siapa prepare balloon bagai. So cute datang umah nyanyi2. Mi and abah ni sume pemalu. Gelak je dari awal ucap thank you dengan pon gelak2.

Yang nak dijadikan citer, masa tu tinggal jihah sorang je kat umah sebab adik sekolah balik lewat sikit. Whatsapp dengan kakak bincang cane nak buat mi and abah mengenakan pakaian yang bersesuaian sebab nak ambik gambar kan. Kakak punya plan dia suruh cakap yang kawan jihah dari selangor nak datang, dia nak jumpa mi and abah.

So jihah tanpa berfikir panjang terus proceed ngan idea tu. Bila cakap kat mi, muka mi dah lain and banyak soalan dia tanya. Sebut segala nama kawan yang dia tahu tapi gagal mendapat kepastian jihah. Mebi dia ingat someone special kot sebab siap nak jumpa mi abah kahkahkah. Abah pulak terus tanya laki pompuan. Sekali yang datang ada laki ada pompuan hahaha. Alhamdulillah, the candid suprise went well. Thanks to akak and brother tu. Sempoi aje.💑

First time buat suprise gini kat mi and abah. Nampak gembira dia tu kikiki. Thank you mi and abah sebab mendidik dan menjaga kami, memenuhi keperluan dan kehendak kami. Takde yang dapat menggantikan kasih sayang yang mi and abah curahkan kami. Semoga insan mulia seperti kalian mendapat ganjaran Syurga Allah di akhirat kelak. Insyaa Allah. Tiada yang lebih bahagia selain dapat bersama2 juga di Syurga yang kekal abadi. Amiiiin.💐💐

Oo sape2 sekitar kuala terengganu, marang and kuala berang yang nak buat suprise birthday ke anniversary ke boleh la jenguk igshop 🏠@candid_surprise . Daerah lain pon boleh sebenarnya tapi bayaran perjalanan dikenakan (ofcourse leeee).

Kesimpulannya, ada apa dengan cinta? Cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta mak ayah, cinta malaikat dan cinta terhadap Islam ada banyak yang mesti kita tahu. Jangan kita sia2 kan anugerah kita sebagai umat Islam dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Appreciate everyone in your life and always be grateful. Never comparing your life with others because everyone has their own ups and downs. Trust Him and you ll be okay insyaa Allah ;)

No comments:

Post a Comment