Saturday, April 30, 2016

Ada apa dengan cinta

Assalamualaikum semua. So as we all know filem Ada Apa dengan Cinta 2 dah masuk pawagam pada 28 April 2016. Sebenarnya bukan nak citer pasal filem ni pon tapi nak cakap yang 28 tu tarikh birthday umi saya! Hehe. Kami adik beradik dah plan nak buat suprise tahun ni. Sekali kan birthday mi and abah. Senang sebab abah 29 mac. Sebulan je beza (sabar je abah menunggu suprise lagi sebulan kikiki)

Kakak jihah cari jugak la orang yang boleh datang umah bagi suprise. Cari punya cari jumpa la satu igshop ni. Bio dia tulis location kuala terengganu, marang, kuala berang. Apa lagi, si kakak ni laju2 la pi book tarikh and hadiah sume. Hadiah biasa je satu kek secret recipe dengan sejambak coklat forero. Diorang siapa prepare balloon bagai. So cute datang umah nyanyi2. Mi and abah ni sume pemalu. Gelak je dari awal ucap thank you dengan pon gelak2.

Yang nak dijadikan citer, masa tu tinggal jihah sorang je kat umah sebab adik sekolah balik lewat sikit. Whatsapp dengan kakak bincang cane nak buat mi and abah mengenakan pakaian yang bersesuaian sebab nak ambik gambar kan. Kakak punya plan dia suruh cakap yang kawan jihah dari selangor nak datang, dia nak jumpa mi and abah.

So jihah tanpa berfikir panjang terus proceed ngan idea tu. Bila cakap kat mi, muka mi dah lain and banyak soalan dia tanya. Sebut segala nama kawan yang dia tahu tapi gagal mendapat kepastian jihah. Mebi dia ingat someone special kot sebab siap nak jumpa mi abah kahkahkah. Abah pulak terus tanya laki pompuan. Sekali yang datang ada laki ada pompuan hahaha. Alhamdulillah, the candid suprise went well. Thanks to akak and brother tu. Sempoi aje.💑

First time buat suprise gini kat mi and abah. Nampak gembira dia tu kikiki. Thank you mi and abah sebab mendidik dan menjaga kami, memenuhi keperluan dan kehendak kami. Takde yang dapat menggantikan kasih sayang yang mi and abah curahkan kami. Semoga insan mulia seperti kalian mendapat ganjaran Syurga Allah di akhirat kelak. Insyaa Allah. Tiada yang lebih bahagia selain dapat bersama2 juga di Syurga yang kekal abadi. Amiiiin.💐💐

Oo sape2 sekitar kuala terengganu, marang and kuala berang yang nak buat suprise birthday ke anniversary ke boleh la jenguk igshop 🏠@candid_surprise . Daerah lain pon boleh sebenarnya tapi bayaran perjalanan dikenakan (ofcourse leeee).

Kesimpulannya, ada apa dengan cinta? Cinta Allah, cinta Rasulullah, cinta mak ayah, cinta malaikat dan cinta terhadap Islam ada banyak yang mesti kita tahu. Jangan kita sia2 kan anugerah kita sebagai umat Islam dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Appreciate everyone in your life and always be grateful. Never comparing your life with others because everyone has their own ups and downs. Trust Him and you ll be okay insyaa Allah ;)

Sunday, April 24, 2016

Homestay murah dan cantik di Kuala Terengganu, Terengganu

Assalamualaikum

Okay sekarang dah nak masuk musim cuti sekolah. So mesti ramai yang tengah planning nak cuti kat mana. Sape2 yang ada niat nak bercuti kat Terengganu, jihah nak suggest satu homestay ni kat Kuala Terengganu. First sebab cantik second sebab harga berpatutan. Bukan tu je, memang dekat sangat dengan airport Kuala Terengganu. nama diberi AEISHAH HOMESTAY. Cantik sangat uolls. Tak tipu. Sume kelengkapan ada. Selesa sangat. Cakap saja tak boleh kan, so jihah provide gambar untuk tatapan mata uolls. Sebelum tu kena tau lokasi yang betul2 kan so ni haa


No. 12 Taman Pinggiran Airport, Jalan Tengku Ampuan Bariah, Seberang Takir
 21300 Kuala Terengganu, Terengganu





Haa kan dah cakap cantik, tak tipu, And memang harga terbaik la kalau nak dibandingkan dengan apa yang disediakan. Semua bilik ada aircond so apa lagi yang anda mahukan?? So kalau dah berminat tu jangan lupa call or whatsapp

Aeishah Homestay
011-10504540


korang boleh jenguk laman web diorang jugak

https://www.facebook.com/aeishahhomestay

or

www.aeishahhomestay.com

*even kita dah bayar for homestay tu... amalan berjimat cermat jangan lupa tau. Matikan segala suis sebelum keluar. Pastikan paip ditutup.
Jangan membazir*


Friday, April 22, 2016

UiTM Dengkil

Assalamualaikum w.b.t

I'm back after a very longgggg hiatus. Mianhae my blog. I will never tell anyone that I have a blog because I'm not a loyal blogger afterall. Ikut suka hati dia je bila nak update. Ish ish ko ni jihah. So disebabkan malam ni bosan and takleh tido why not ai tulis blog citer pengalaman kat dengkil kan. Oh before tu nak cakap yang jihah dah habis asasi yeaayyyy. Asasi kat dengkil yeayyy. So mulai tahun 2016, semua course asasi uitm will be at dengkil yang aman damai permai itu.

Batch kitorang ni pelik sikit sebab semester 1 kat tempat lain dulu, semester 2 baru masuk dengkil. Means kitorang la first batch kat sana. Guna barang baru sume yeay. Alah yang batch kedua pon okay sebab barang still okay kan hehe. So jihah dulu semester 1 kat kuantan. A stone's throw je nak sampai mall hehe. Jalan kaki je. Ecm mall. Memang orang kuantan tahu punya sebab memang dekat sangat kat ecm tu tapi rupa kolej la tak macam kolej sangat. Tapi alhamdulillah kelengkapan cukup semuanya.

So bulan 6 ni batch baru dah nak masuk kan. Awal bulan 6 dah start ramadhan so harap tak fefeeling homesick sangat kat sana. Kat mana2 pon kita kena kuat ya rakan2. Alhamdulillah dengkil pon cukup semuanya. Makanan senang nak dapat. Keperluan peribadi pon boleh didapati di koperasi dekat anjung dengkil. Kat anjung dengkil tu dah macam shopping mall dah untuk warga dengkil so jangan risau sangat ya. Masa batch jihah banyak lagi benda tak ada so insyaa Allah batch korang sume benda dah ada. Macam kitorang nak sebulan gak basuh tangan tunggu mesin basuh nak ada kat kolej hehe. Mesin atm ada so tak perlu risau nak draw duit elaun tu. Tapi kalau dah ramai sangat beratur mesin tu kadang2 jadi ngok ngek la jugak. Cari masa yang terbaik nak draw. Lepas subuh tu afdhal. Haa cakap pasal subuh ni kan, korang bangun tu tunggu la kejap sunrise sebab caaaaantik sangat nak2 dari kolej budak laki, kolej tualang. Boleh nampak jelas sangat. Yelah dengkil kan kosong lagi hehehe.

Cakap pasal kolej pulak. Alhamdulillah selesa satu rumah ada 3 bilik. 2 orang satu bilik. 2 toilet. Tempat sidai baju terhad sikit so pandai2 la korang decide sape jemur harini hari esok sebab memang terhad. Haritu jihah siap letak tali dalam bilik sebab nak jemur baju hehe. Sape dapat umah jihah beruntung sebab dah dinobatkan rumah paling bersih kemas dan teratur oleh jiran tetangga. Haritu ada viral kejap gambar kolej dengkil bersepah pastu ada budak sorang ni komen nasib baik tak letak course asasi uitm kat borang upu. And i was like "whaaaaaaaaaat?". Apa kaitan gambar tu dengan prestasi uitm? Come on guys, keadaan rumah tu serabut sebab budak2 tak sabar nak balik habis asasi. Memang la tak patut budak2 buat macam tu. At least buang lah dalam tong sampah kemas rumah tu macam diorang first time masuk dulu tapi budak tu tak perlu kot komen gitu. ( banyak nya perkataan budak hahahah) #acahbukanbudak. Overall for me dengkil is good. Too good for foundation students so be grateful everyone. :)

Okay nak cerita pasal dekat anjung dengkil pulak. Banyak sangat kedai sedap2 harga pon murah. Kalau nak banding masa zaman duduk kuantan haritu memang banyak beza. Pesanan jihah, try sume kedai dulu pastu baru decide kedai mana sedap kedai mana murah kedai mana boleh makan time poket penuh je. Takleh judge tau. So insyaa Allah korang akan nampak kedai nasi lemak hijau, nasi kukus, nasi ayam penyet, hotplate dan sebagainya. Kena pandai buat pilihan sebab ni soal perut dan duit hehehe. Pastu kan korang selain anjung dengkil, korang boleh makan dekat kafe palma. Kalau mengidam western food ke, air best2 sikit ke, datang la sini. Cantik pon cantik harga pon berpatutan :)

Antara kedai kat anjung adalah:
-bakeri
-koolblog
-kedai runcit
-fotostat
-cyber cafe
-peralatan komputer
-kedai gunting rambut
-butik

Dan masa batch korang mesti banyak lagi kedai bukak.

Tu je la untuk hari ni. Annyeong!

Oh asasi kat dengkil ni means semua asasi kat uitm ya. Ada sains, engineering, law dan tesl. So cuba teka jihah dari asasi mana hehehe.

Wassalam everyone.